Friday 6 May 2011

rezeki ada di mana-mana,

assalamualaikum,

seperti yang dah heboh diperkatakan, sampai ada yang post status dekat facebook dua tiga kali, sesakkan timeline dekat twitter, buat dua tiga entry pasal nih dekat blogspot. akhirnya,tanggal 6 mei 2011 menjadi tarikh keramat untuk semua lepasan sijil pelajaran malaysia 2010 yang ingin tahu manakah hala tuju yang bakal mereka pergi. buat semua GIGSXder and GIGSXter, yakinlah bahawa ALLAH telah menetapkan sesuatu yang baik dan bermakna untuk hamba-NYA. ketawa hari ini tidak bermakna kita akan gembira sampai mati. sedih hari ini tak bermakna kita akan menangis sampai kiamat.

untuk mana-mana pelajar yang dapat kedua-dua tawaran masuk ke matrikulasi dan ipta,bersyukur lah kepada YANG ESA kerana memberi peluang untuk anda bergembira. namun, kalian fikirlah sebaiknya dan buatlah keputusan yang tidak akan kalian sesali seumur hidup kelak. sesungguhnya, istikharah itu merupakan sahabat yang patut kalian rapati sekarang.

bagi yang menerima salah satu tawaran sahaja sama ada matrikulasi ataupun ipta, bersyukurlah kalian kerana masih menjadi hamba pilihan yang mendapat tempat untuk meneruskan usaha mencari ilmu yang sesungguhnya amat luas untuk kita terokai. terima seadanya agar kita tidak menjadi hamba yang kufur akan nikmat kurniaan YANG KHALIK.

bagi yang kurang bernasib baik dan tidak mendapat sebarang tempat, yakinlah akan ketentuan ALLAH. sesungguhnya kalian merupakan legasi yang paling kuat kerana menjadi insan terpilih bagi melalui ujian getir yang hanya didatangkan kepada hamba yang benar-benar kuat dan betah untuk menanganinya. ingatlah,ilmu ALLAH amat luas dan boleh diperolehi di mana-mana asalkan niat kita ikhlas. jangan sekali kalian menyesali takdir sebaliknya cuba renungkan seketika hikmah di sebalik kurniaan ALLAH itu. setiap yang terjadi itu,pasti ada hikmah yang ingin ALLAH kurniakan.

Thursday 5 May 2011

pembuka bicara.

sepuluh jari hamba susun,bagi memohon ampun dari kalian semua kerana lambat merealisasikan blog ini.
hakikatnya, niat sudah lama terpasang untuk mengabadikan sesuatu yang hakiki namun seringkali dipatahkan oleh seribu satu onar dan duri.
semoga kalian semua terus bergandingan bahu mengukuh ukhuwah meski haluan kita semua akan jauh berbeda selepas ini.

jangan ditangisi sebuah perpisahan.sebaliknya engkau kesalilah sebuah pertemuan kerana perpisahan takkan pernah terhasil tanpa wujudnya sebuah pertemuan kelmarin.



*selamat berjaya untuk memeriksa keputusan UPU! :))